https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3ucXDwR8yWC9K4BteCRvKZKd4Ucb1PysomFQAf9B5MXN8gqcATXMj-7mhR5shhXLgVaAEmq5QcLD0xGAjrQ8jgP3S7hQrvpQ3LjmZiQhJNyivLbKljerryCCuA4uwvKdPZRSLyKxPB-I/s1600/0.gif
[Makluman1] Portal Ini Masih Lagi Dalam Pembikinan!!! Harap Maaf Di Atas Segala Kesulitan.. [Makluman2]Untuk paparan terbaik sila gunakan Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1024 x 768. segala permasalahan boleh bertanya kepada Saddam(Ketua) atau Esmah(Timb. Ketua).

Bawalah Maluku Terhadapmu Kepada Allah

Dia seorang wanita,dialah serikandi,dia jua seorang pejuang. Kelibatnya dalam medan perjuangan dakwah sering menggentarkan jiwa-jiwa musuh Allah.Tak cukup sumbangannya,akhlak dan peribadinya cukup menenangkan jiwaku.

Mana mungkin seorang lelaki yang berfitrah suci tidak tertarik dengan serikandi seperti itu. Berprinsip teguh, mempunyai daya tarbiyah yang kental,ilmu yang sangat tinggi,kefahaman agama yang mendalam. Ciri-ciri inilah yang sering didamba oleh seorang lelaki yang berhajat untuk beristeri seorang wanita solehah.Tidak normal lah hati lelaki itu seandainya ingin beristeri dengan wanita yang rosak akhlaknya. Usahkan peribadinya hancur,perjuangannya pun entah ke mana.

Tetapi bila melihat diriku sendiri, aku berasa sangat malu dengannya. Siapalah diriku ini untuk menambat hatinya ? Apa yang aku ada untuk menjadi setaraf di sisinya ? Perjuangan aku sendiri pun pudar. Akhlak aku,peribadi aku apatah lagi.Ilmu pun cetek. Bisakah aku menjadi suami untuknya? layakkah aku? mampukah aku? Entahlah,harapan yang sebentar tadi bergunung hancur menjadi debu. Yang terlintas sekarang ini di fikiran ku ialah cuma perasaan malu. Ya,aku malu padanya.
Namun, tidaklah mudah untuk aku berputus asa .Dengan malu itulah, aku akan terus meningkatkan darjat aku di sisiNya. Akan ku dalamkan ilmu aku, akan aku lakukan kerana untuk meraih sebuah cinta. Cintamu wahai serikandi ? Oh,sudah tentulah tidak. Aku mencari cinta teragung, cinta zat yang melahirkan rasa cinta berputik dan bertapak di hati-hati manusia. Cinta Allah.. ya,itulah yang aku cari.Biarlah malu aku terhadapmu itu membimbing aku kepada cinta Allah dan bukannya cintamu wahai serikandi. Kerana usaha aku akan menjadi sia-sia seandainya aku lakukan untuk meraih cintamu yang tidaklah begitu indah dan agung berbanding cintaNya.Kemudian,biarlah cinta aku kepadaNya itu membimbing engkau untuk mencintaiku. Harapanku satu hari nanti mudah-mudahan dimakbulkan. Dan ketika itu,barulah bersemi cinta kita.

Catatan Asal- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Ahmad Noor Fikri Bin Zainol Merupakan seorang penuntut di Maahad Tahfiz Darul Quran,Kuala Kubu Baharu.menjawat jawatan sebagai Ketua Biro Penerbitan Dan Informasi Intellectual Quranic Generation Club 11/12.Suka berkongsi tentang pengalaman hidup yang sesuai untuk pembaca menerusi penulisan Beliau berkongsi karya di http://musafircinta93.blogspot.com.


"Syaitan kuasai manusia melalui 10 pintu"

ALLAH berfirman bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya." ( Surah an-Nisa', ayat 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.

Apabila syaitan beraja dalam diri, seseorang itu akan sanggup melakukan apa juga perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia itu.

Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan itu. Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu:

Pertama, melalui sifat sombong dan angkuh. Ia berpunca daripada keegoan manusia yang lazimnya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

Kedua, melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak.

Ketiga, melalui sifat takbur dan bongkak. Allah berfirman bermaksud: " Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur." (Surah an-Nahl, ayat:23)

Keempat, sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, malah mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

Kelima, sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat.

Keenam, melalui sifat hasad. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: " Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ketujuh, melalui sifat suka meremehkan orang lain. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil." (Hadis riwayat Muslim).

Kelapan, melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja." ( Hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

Kesembilan, melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.

Kesepuluh, melalui sifat buruk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah bersabda bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya." (Hadis riwayat Muslim)


Portal Rasmi Masjid As-Solihin IPG KKB


Portal Rasmi Masjid IPG KKB (Masjid As-Solihin)
Portal Rasmi Masjid IPG KKB adalah gerbang yang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan sebagai sebuah pusat ibadah Umat Islam di institut Pendidikan Guru di Negeri Kelantan menerusi Internet. Portal Rasmi ini adalah di bawah seliaan Pihak Pengurusan Masjid yang dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan dan menyelia portal maklumat ini secara dalam talian yang Cekap, Berkualiti dan Mesra Pengguna.


Sebarang cadangan dan pandangan anda boleh diajukan kepada:

Pihak Pengurusan Masjid IPG KKB
Masjid As-Solihin
Instiut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Jalan Maktab, Pengkalan Chepa,
16109 Kota Bharu, Kelantan.
Tel / Faks : 09-7717700 / 09-7738488 
(Pejabat Pentadbiran IPG KKB)


 

Hubungi Kami

Pengurusan Masjid IPG KKB Masjid As-Solihin
Instiut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,
Jalan Maktab, Pengkalan Chepa,
16109 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7717700
Fax : 09-7738488
Email: masjid_ipgkkb@yahoo.com

Artikel Terkini

Copyright © 2012-2013
Dasar Keselamatan|Dasar Privasi|Soalan Lazim
Penafian : Pihak Masjid As-Solihin adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1024 x 768.