Bagi melahirkan guru pelatih yang seimbang dalam segenap ilmu. bukan hanya ilmu duniawi, malah mahir dalam ilmu ukhrawi. Maka pihak masjid telah mewujudkan beberapa inisiatif untuk ke arah tersebut. di mana pihak masjid telah mengadakan beberapa pangajian tidak langsung yang di sampaikan oleh Pensyarah IPG KKB mahupun penceramah yang dijemput. sama ada di masjid ataupun di dewan utama IPG. InsyaAllah, kami juga berusaha untuk terus mewujudkan beberapa lagi pengajian khusus ke arah melahirkan guru yang berkualiti dari segi ilmu dunia dan ukhrawi.
Antara Pengajian yang diwujudkan pada waktu ini ialah :-
- Kuliah Zohor
- Kuliah Maghrib
- Kuliah Perdana